PENGENALAN

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong  mula beroperasi pada bulan Januari tahun 1989 dan merupakan salah sebuah Sekolah Menengah Vokasional baru yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekolah ini telah dibina mengadap ke Jalan Bentong – Kuala Lumpur, di sebelah timur. Kawasan sekolah ini dilingkungi oleh kilang Powernet di sebelah selatan dan kawasan perumahan Taman Kolej dan Taman Mawar disebelah Utara dan Barat.

Pada 07 Julai 1991, sekolah ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Al Mustain Billah dengan menukarkan nama asalnya dari Sekolah Menengah Vokasional Bentong kepada Sekolah Menengah Vokasional Tengku Ampuan Afzan Bentong dan seterusnya pada tahun 1995 sekolah ini  dinaikkan taraf menjadi Sekolah Menengah Teknik.

Sekolah ini mempunyai keluasan 139,894.75 meter persegi (34 ekar) dan terdiri dari  sebuah Dewan Besar, sebuah Blok Pentadbiran, 5 Blok Akademik (Makmal Sains, Makmal Komputer, Kelas dan sebagainya), 8 buah Bengkel, sebuah Kantin, Surau Berkembar, Dewan Makan Berkembar. Selain itu terdapat 8 Blok Asrama empat tingkat (termasuk 8 unit kediaman warden) di samping 7 unit Rumah Guru dan 8 unit Rumah Kakitangan.

Semenjak tahun 1995 SMVTAA menawarkan dua aliran untuk pelajar tingkatan 4 iaitu Aliran Teknik dan Aliran Vokasional.  Aliran Teknik terbahagi kepada empat jurusan iaitu  Kejuruteraan Jentera, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Awam dan Keusahawanan.  Aliran Vokasional pula menawarkan Kursus Amalan Bengkel Mesin (ABM), Elektronik (ENK), Binaan Bangunan (BB), Penyejuk dan Penyaman Udara (PPU), Automotif (ATF), Elektrik (ELK), Kimpalan & Fabrikasi Logam (KFL) dan Pengurusan Perniagaan (PPN) manakala Kursus Pengaturcaraan Komputer (PK) ditawarkan pada tahun 2004. Pada tahun 2005 SMVTAA menambah lagi  satu aliran iaitu Kursus Kemahiran dalam bidang Kemahiran Automotif.

Sekolah ini terus berkembang dengan pembangunan dan persekitaran yang kondusif. Pencapaian akademik dan kokurikulum yang meningkat telah menarik minat ramai pelajar ke sekolah ini. Sekolah ini di jangka akan mencapai bilangan 1100 orang pelajar sementara kapasiti penghuni asrama boleh memuatkan seramai 850 orang. Keunggulan sekolah ini menjadi kebanggaan penduduk di Daerah Bentong.

Mulai tahun 2013, sekolah menengah vokasional telah bertukar wajah ke arah transformasi vokasional seterusnya nama sekolah ini di tukar kepada Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan (KVTAA).

Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan Km 6,

Jalan Kuala Lumpur28700,

BentongPahang, Malaysia

Telefon : 092225466

Fax :6092233089