INFO PROGRAM

Teknologi Kimpalan

Program ini menyediakan murid kepada kimpalan mengikut aras bs/aws, proses dan teknik, pengkelasan bahan logam, teknik. Tata cara serta teknik pemotongan mekanikal dan haba, lukisan kejuruteraan, fabrikasi, pemasangan kimpal paku dan kimpal arka logam berperisai. Disamping itu, murid juga didedahkan dengan automasi komputer.

Pengurusan Perniagaan

Program ini dibentuk bagi menyediakan murid dalam bidang pemasaran, perakaunan, operasi,komunikasi, keselamatan pekerja, keusahawanan dan etika serta protokol perniagaan.

Teknologi Sistem Komputer & Rangkaian

Program ini menyediakan murid kepada asas perniagaan, penyelenggaraan, pengoperasian dan konfigurasi sistem komputer serta rangkaian dan penyimpanan data di samping pengurusan pentadbiran dan integrasi sistem maklumat.