KATA ALUAN PENGARAH

HALUAN BICARA PENGARAH

KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN

Assalamualaikum dan Salam TVET,

       Bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya Buku Pengurusan KVTAA dan Takwim pengajian bagi tahun 2024 telah dapat disiapkan seperti yang dirancang. Adalah diharapkan dengan adanya Buku Pengurusan ini, segala perancangan aktiviti bagi tahun ini dapat direncanakan dengan baik dan sistematik. Beberapa perubahan baharu dari segi struktur dan jawatankuasa dibuat bagi menambahbaik aspek pengurusan setelah mengambil kira kelemahan dan keberkesanan program yang dilaksanakan pada tahun lepas. 

       Saya berharap semua warga KVTAA menerima tugasan yang telah dipertanggungjawabkan ini dengan hati yang ikhlas dan terbuka. Amalkan musyawarah dalam aspek pengurusan dan jauhi ikhtilaf yang boleh mengakibatkan perbalahan dan perpecahan supaya kita dapat bekerja dalam suasana mahabbah, sa’adah dan saling menghormati di antara satu sama lain.

       Harapan saya pada tahun ini kita akan terus mempertingkatkan kecemerlangan KVTAA dalam semua aspek dalam mencapai misi dan visi KVTAA dan seterusnya berjaya  melahirkan modal insan yang berketrampilan dan memenuhi kehendak pasaran.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( HAJI ZAKARIA BIN OMAR )

Pengarah

Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan

Bentong,Pahang