SYARAT UMUM DAN KHUSUS PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL
(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana/Akademik)
SYARAT UMUM
- Calon adalah Warganegara Malaysia;
- Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Bantuan Menengah Kerajaan di bawah kelolaan KPM;
- Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2019 yangmerangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan danKokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga(PT3);
- Calon sihat tubuh badan;
- Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit ataupenyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerjapraktikal dan amali;
- Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA;
- Calon bebas daripada masalah mental; dan
- Calon berminat dengan program dipohon.
SYARAT KHUSUS
- Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayudan Reka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer (Keputusan PT3) ; dan
- Calon memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 bagi mata pelajaranBahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Reka Bentuk dan Teknologi /Asas Sains Komputer (Pentaksiran Bilik Darjah – PBD.