-
Diterbitkan: 13 November 2022
-
Hit: 77
12 November 2022
Terima kasih kepada Bank Rakyat Wilayah Pahang yg telah memberi kepercayaan kepada Pensyarah Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan (KVTAA) Bentong Pahang untuk menata rias di Majlis Makan Malam dan Ulang Tahun ke 68 Wilayah Pahang. Hasil jalinan sebagai rakan industri bersama Bank Rakyat Cawangan Bentong telah memberi ruang kepada KVTAA utk melakar idea kreatif pada malam bertemakan kegemilangan bangsawan melayu.
KVTAA diwakili oleh Pn Noor Ilham, Pn Muhibbah, Pn Hjh Fatiah dan Cik Siti Nor Azlina diberikan kepercayaan untuk menata rias majlis ini. Turut membantu ialah Pn Ainon Lora dan Tn Hj Mohd Saupi iaitu mantan tenaga pengajar KVTAA yang telah bersara. Satu program yang memberi keyakinan kepada Pensyarah KVTAA untuk menata rias di dewan yang penuh prestij di mana hasil tangan tersebut sentiasa tidak mengecewakan.
Semoga jalinan dan kekuatan semangat yang terbina akan dapat meluaskan sayap lakaran kreatif Pensyarah KVTAA Bentong.
\
MASA DEPAN ANDA BERMULA DISINI
Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan Km 6, Jalan Kuala Lumpur 28700, Bentong Pahang, Malaysia
Tel : +6092225466
Fax :+6092233089
SISTEM PENGURUSAN KOLEJ
Who's Online
Kami mempunyai 169 Para tetamu dan tiada rakan dalam talian
Kata Kata Hikmat
Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.- Flower A. Newhouse